Hari Pertama Sekolah, Pelajar Parah Jatuh Tingkat 3

| January 20, 2021 | 0 Comments

Hari Pertama Sekolah, Pelajar Parah Jatuh Tingkat 3 | Kejadian cemas terjadi pada hari pertama persekolahan di sebuah sekolah apabila seorang pelajar terjatuh dari tingkat tiga bangunan.

Alami Cedera Parah 

Kuching – Seorang pelajar lelaki dipercayai mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di bandar ini hari ini.

Kejadian tersebut yang dipercayai telah berlaku sekitar pukul 7 pagi telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak ambulans yang tiba di tempat kejadian.

“Mangsa kini masih menerima rawatan di unit kecemasan HUS dan dilaporkan stabil. Kes tersebut masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima aliran Sains berumur 17 tahun yang baharu memulakan sesi persekolahan hari ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *