Hari Pertama Sekolah Pelajar Tersepit Di Besi Penutup Longkang | Hasrat memulakan sesi persekolahan dalam keadaan ceria dan lancar tidak kesampaian bagi seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, pada Isnin.

Pelajar perempuan berusia 16 tahun itu telah terjatuh dan tersepit pada besi penutup longkang selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam digerakkan lokasi.

Beliau berkata, berdasarkan laporan, kejadian melibatkan seorang mangsa pelajar perempuan berusia 16 tahun yang tersepit di besi penutup longkang pada kedalaman 1 meter.

Katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin bahawa dengan menggunakan peralatan khas, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam tempoh 1 minit.

Mengulas lanjut, Morni berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

 

Artikel Lain

Kepala Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit 25 Minit Pada Jeriji Besi Rumah

Gara-gara mahu mengambil alat mainan, seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selama 25 minit apabila kepalanya tersepit pada jeriji besi rumahnya di Bandar Puncak Alam di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira puku 1.20 petang itu berlaku ketika mangsa berusia tiga tahun di ruang tamu dan mainan tersebut tercampak keluar ke kawasan jeriji tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata, sepasukan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pukul 1.22 petang.

No photo description available.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada jeriji tersebut. Anggota bomba kemudian merenggangkan besi tersebut bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, operasi berkenaan berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pukul 2.30 petang.

No photo description available.

“Kanak-kanak itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebelum diserahkan kepada ibunya bagi urusan lanjut,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

 

Share.

Leave A Reply