Hartanah RM100 Juta: “Apa Sumbangan Najib Kepada Negara?”- Mahathir | Akibat ‘dipersalahkan’ kerana membuat pindaan kepada Akta Saraan Ahli Parlimen 1980, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi telah menempelak tindakan mantan Perdana Menteri ke-6, ┬áDatuk Seri Najib Tun Razak yang kini cuba menunding jari kearahnya.

Hartanah 100 Juta: "Apa Sumbangan Najib Kepada Negara?"- Mahathir

Tegas Dr Mahathir, pindaan tersebut dilakukan bertujuan untuk kerajaan mempertimbang serta memberi sedikit ganjaran kepada bekas Perdana Menteri atas jasa mereka kepada negara dan bukan bertujuan untuk bermewah-mewah.

Selain menempelak tindakan Datuk Seri Najib yang membuat permohonan kepada Kabinet untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara, Dr Mahathir menjelaskan, kebiasaannya ganjaran yang diberi ialah rumah kerajaan sedia ada.

Malah, Dr Mahathir turut mempersoal apakah sumbangan Najib kepada negara sehingga perlu diberi ganjaran ‘semewah’ itu.

Jelasnya, Tunku Abd Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dan berjaya memerdekakan negara hanya dapat sebuah rumah papan manakala rumah Tun Razak dijadikan monumen. Tun Hussein juga tidak memperoleh apa-apa yang bernilai tinggi serta Tun Rahah hanya memperoleh umah Kerajaan yang sedia ada, katanya lagi.

Dr Mahathir malah menjelaskan beliau sendiri yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tidak menuntut dan tidak menerima apa-apa selain daripada pencen dan RM10,000 sebulan untuk menyelenggara rumah.

Beliau turut menyatakan bahawa sebidang tanah di Putrajaya telah ditawar kepadanya secara percuma apabila beliau telah bersara namun bertindak menolak dan sebaliknya membeli tanah di Putrajaya dengan harga seperti yang ditawarkan kepada penjawat awam apabila bersara.

Jelas Dr Mahathir lagi, seorang Perdana Menteri tidak perlu kepada banyak ganjaran selepas bersara kerana pencen, gratuiti dan elaun yang diperolehi lebih daripada mencukupi untuk membina rumah sendiri yang selesa.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply