Helikopter Terhampas Di Hutan Sempadan Perak-Pahang | Sebuah helikopter dilaporkan mendarat cemas di sebuah kawasan hutan, iaitu di daerah Brinchang di sempadan Perak-Pahang pada hari ini.

Helikopter itu jenis Eurokopter AS 355 F2 dan juga dipercayai membawa enam individu termasuk juruterbang.

Difahamkan kejadian ini telah berlaku kira-kira pada jam 1.15 petang melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa 4 pegawai perubatan dan seorang doktor sekali denga juruterbang.

Kejadian ini telah dilaporkan berlaku dan usaha mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hutan serta beberapa agensi lain.

Dalam kemaskini Bernama TV terbaru, kesemua mangsa yang menaiki helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Ketua Zon 3 Pahang, Komander Operasi PgB Shahrulnizam Nasir melaporkan bahawa kesemua mangsa seramai 5 orang termasuk Juruterbang didapati mengalami kecederaan ringan dalam kejadian terbabit manakala seorang mengalami kecederaan patah tulang peha.

Kesemua mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikeluarkan ke tempat selamat. Operasi masih berjalan.

 

Menjemah komen facebook:

“Moga dipermudah urusan. Terima kasih dan taniah kepada yang terlibat dalam operasi ini.” katanya seseorang netizen di ruangan komen.

“Syukur semua selamat semoga tiada kecederaan serius.” katanya seoeang lagi netizen.

Sumber: Astro Awani, Berita Harian, Siakap Keli

Share.

Leave A Reply