Hentak Kepala Isteri Sampai Mati Selepas Seminggu Berkahwin | Seorang lelaki hilang pertimbangan kerana tergamak menghentak kepala isterinya dengan batu hingga mati. Baca selanjutnya..

Makkah: Seorang pemuda tempatan ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Polis Taif selepas dituduh membunuh isteri yang baru dinikahinya selama seminggu.

Gambar Hiasan

Saudi Gazzette melaporkan lelaki itu menghentak kepala isterinya menggunakan batu dan melarikan diri dengan kereta di Jalan Hawiya-Taif.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas seminggu pasangan itu bernikah.

Polis menyerahkan suspek kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 30-an itu bersama isterinya dalam perjalanan ke Taif.

Ketika tiba di tempat kejadian, dia dipercayai memberhentikan kenderaan dan memukul isterinya dengan batu.

Dia kemudian berlalu dari situ dan meninggalkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

Pasukan keselamatan dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang menjumpai seorang wanita muda berlumuran darah di tepi jalan.

Susulan kejadian, polis melancarkan operasi untuk memburu suspek dan berjaya mengesan keretanya walaupun dia mematikan telefon serta melarikan diri.

Ketika ditahan, dia tidak melawan dan menyerah diri ketika pasukan keselamatan mengepungnya di daerah Al-Zima di Makkah.

Jurucakap polis Makkah berkata, polis menerima maklumat pada 4 Ogos mengenai kejadian berkenaan yang menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber : HMetro

Share.

Leave A Reply