“Henti Canang Diri Sebagai Mangsa Khianat Umno”- Ujar Khaled Nordin Kepada Muhyiddin | Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diminta untuk berhenti mencanang beliau adalah mangsa pengkhianatan UMNO oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri, Mohamed Khaled Nordin, baru-baru ini.

'Henti Canang Diri Sebagai Mangsa Khianat Umno'- Ujar Khaled Nordi Kepada Muhyiddin

Menurut beliau dalam satu perkongsian di Facebook peribadinya, Muhyiddin tidak boleh sengaja melupakan episod di mana beliau dan Datuk Seri Azmin Ali menyusun plot untuk membawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beberapa pemimpin politik menjatuhkan Pakatan Harapan (PH).

Mohamed Khaled menambah bahawa, langkah yang menyebabkan PH tumbang itulah sebenarnya pengkhianatan, dan ia merupakan fakta yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Jelasnya, ‘mereka’ ini telah melupakan Langkah Sheraton dimana disitu bermulanya terdengar istilah ‘pengkhianat’ dalam pentas politik negara pada skala yang tidak pernah disaksikan sebelumnya.

Beliau berpendapat bahawa ia amat pelik kerana individu yang sebelum ini menjadi ‘silent mastermind’ dan punca kejatuhan PH yang dipilih oleh rakyat secara sah, kini mula ke sana ke sini serta mencanang bahawa beliau mangsa yang dikhianati UMNO kerana menarik sokongan ke atas PN dan beliau pun jatuh dari terus menjadi Perdana Menteri.

Melalui perkongsian tersebut, beliau turut menyebut mengenai episod serangan antara pemimpin-pemimpin kanan parti politik utama di negara ini semakin panas, dengan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berbaki empat hari saja lagi.

Sebelumnya, Muhyiddin telah mendakwa, beliau dikhianati UMNO berulang kali, termasuk peristiwa Kerajaan Negeri Johor pimpinan Menteri Besar dari Bersatu dijatuhkan dua kali, dan Perak sekali.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sekiranya beliau mahu membalas dendam, sudah pasti beliau boleh mengarahkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri Bersatu untuk menarik sokongan terhadap Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dari parti UMNO, Barisan Nasional.

Mohamed Khaled turut mendakwa bahawa kerajaan yang diterajui Muhyiddin adalah gagal, dan kejatuhannya sebagai Perdana Menteri bukan disebabkan UMNO.

Sumber: Facebook

Share.

Leave A Reply