Hilang Di Laut, Seorang Nelayan Ditemui Lemas

| January 11, 2021 | 0 Comments

Hilang Di Laut, Seorang Nelayan Ditemui Lemas | Seberang Perai – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut dekat Sungai Udang, Nibong Tebal di sini semalam ditemui lemas hari ini.

Mayat mangsa, Muhammad Shah Firdaus Azman, 25, dijumpai pada pukul 3.56 petang.

Jurucakap bomba negeri berkata, mangsa ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa ditemui oleh orang awam sebelum dibawa ke Jeti Nelayan Kampung Baru dengan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Operasi pencarian telah dihentikan dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap, Nibong Tebal bagi urusan bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 8.40 pagi semalam selepas terjatuh ke laut ketika berada di atas sebuah bot.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *