Hilang Sejak Ahad, Budak Autisme Ditemui Mati Lemas | Misteri kehilangan kanak-kanak austisme baru-baru ini terjawab selepas dia dikatakan ditemui di Sungai Sarawak berdekatan Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa, di sini pada Ahad lalu, berikutan lemas.

Hilang Sejak Ahad, Budak Autisme Ditemui Mati Lemas

Mayat mangsa yang dikenali sebagai Muhd Ramadhan Muhd Ridhwan, 8, ditemui tersangkut pada pukat nelayan, kira-kira lima kilometer dari pos kawalan bomba (PKB) di Kampung Rantau Panjang, sekitar jam 7.20 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Raffy Saibi, berkata anggota yang terbabit dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menaiki bot bergegas ke lokasi penemuan.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke PKB dan disahkan oleh ibu dan bapanya sendiri. Keadaan mayat juga berada dalam keadaan sempurna tanpa ada sebarang kesan kecederaan dilaporkan.

Difahamkan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi bedah siasat.

Sebelumnya, dilaporkan bahawa mangsa  disedari hilang dari kediaman di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa, kira-kira 2 petang, Ahad lalu. Ketika kejadian, dia tinggal di rumah bersama ibu saudaranya, manakala bapanya keluar berniaga.

BBP Batu Lintang dikhabarkan menerima maklumat berhubung kejadian penemuan mayat mangsa pada jam 7 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi bagi operasi SAR.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply