Hilang Selama 2 Hari, Mayat Wanita OKU Ditemui

| November 3, 2020 | 0 Comments

Hilang Selama 2 Hari, Mayat Wanita OKU Ditemui | Sungai Buloh – Kehilangan seorang wanita pada Sabtu lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di perangkap sampah Sungai Selangor di sini semalam.

Mangsa, Siti Hajar Shahruddin,35, yang juga orang kelainan upaya (OKU) itu dilaporkan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Kampung Melayu Sri Kundang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada Ahad lalu berhubung kehilangan anak perempuannya.

Katanya, mangsa yang menghidap penyakit Skizofernia itu dilaporkan hilang pada Sabtu lalu pukul 8 malam.

“Susulan itu, semalam kita menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang wanita di perangkap sampah pada pukul 11.47 pagi.

“Pihak keluarga telah dipanggil untuk pengecaman mayat, namun kita masih menunggu ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *