Hina Tentera Di Sekatan PKP, Lelaki Ini Ditahan

| April 20, 2020 | 0 Comments

Hina Tentera Di Sekatan PKP, Lelaki Ini Ditahan | Lelaki ditahan polis selepas mengeluarkan kenyataan jelek terhadap penguatkuasa ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya di Kuala Perlis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, dalam kejadian 11.45 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun terbabit ditahan ketika memandu kereta seorang diri.

Katanya, dia mengeluarkan perkataan kesat apabila diminta turun dari keretanya bagi memberikan kerjasama terhadap petugas barisan hadapan.

“Pada awalnya, dia diarahkan berhenti di bahu jalan selepas kad pengenalannya diambil pihak polis bagi dimasukkan ke dalam rekod.

“Bagaimanapun dia tidak keluar dari kereta sehingga anggota tentera bertugas bertindak memanggilnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Namun apabila dia diarahkan keluar, dia mempersoalkan arahan berkenaan mengeluarkan kata kesat di dalam dialek pantai timur Semenanjung, katanya.

Wari berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit kerana menghalang tugas penjawat awam dan mengeluarkan kenyataan jelek terhadap pihak berkuasa.

“Lelaki terbabit direman satu hari bermula hari ini dan akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Peraturan 11(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020).

Sumber : Harian Metro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *