Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mungkin tidak terpilih untuk menyertai Jemaah Menteri baharu Anwar Ibrahim, kata sumber.

Hishammuddin, Ismail Sabri Mungkin Tak Terpilih Sertai Kabinet Anwar

Jika mereka terpilih, ia akan menjadi “kejutan yang hebat” walaupun Ismail dan Hishammuddin, masing-masing menjadi menteri sejak 2008 dan 1998, lebih berpengalaman dalam kerajaan berbanding kebanyakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Menurut laporan FMT, kedua-dua pemimpin UMNO itu telah dilaporkan secara meluas mengambil pendirian menentang kerjasama parti mereka dengan Pakatan Harapan (PH).

“Jadi jika mereka dilantik menganggotai Jemaah Menteri, ia satu kejutan besar,” kata sumber yang enggan dinamakan itu.

“Saya yakin malah penyokong Anwar yang paling kuat akan merasakan pelantikan Hishammuddin dan Ismail (dalam Jemaah Menteri) sesuatu yang membingungkan.

Dalam kerajaan pimpinan Ismail sebagai perdana menteri, Hishammuddin ialah menteri kanan bagi keselamatan dan menteri pertahanan.

Share.

Leave A Reply