HSA Siasat ‘Tweet’ Pegawai Perubatan Maki Pesakit Di Laman Sosial

| November 18, 2020 | 0 Comments

HSA Siasat ‘Tweet’ Pegawai Perubatan Maki Pesakit Di Laman Sosial | Johor Bahru – Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini memandang serius terhadap tindakan seorang pegawai perubatan yang menghamburkan kata-kata makian terhadap pesakit di laman sosial, baru-baru ini.

Pengarah HSA, Dr. Mohtar [email protected] memberitahu, pihaknya telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara itu dengan lebih teliti.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah, tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pegawai perubatan terbabit.

“Merujuk kepada isu yang tular di media sosial melibatkan seorang pegawai perubatan yang menghamburkan kata-kata makian terhadap pesakit di laman sosial, HSAJB, pihak hospital memandang serius isu berkenaan.

“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini dan tindakan akan diambil sekiranya didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pegawai perubatan memuatnaik satu kenyataan berbaur cacian kepada pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser.

Tambah Dr. Mohtar, pihaknya turut memohon maaf atas kenyataan dikeluarkan pegawai perubatan tersebut yang telah menyinggung perasaan masyarakat negara ini.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *