Ahli Jemaah Menteri Telah Buat Keputusan Sebulat Suara Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

| July 14, 2021 | 0 Comments

Ahli Jemaah Menteri Telah Buat Keputusan Sebulat Suara Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri | Ahli-ahli jemaah menteri telah membuat keputusan sebulat suara untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ali Jemaah Menteri Telah Buat Keputusan Sebulat Suara Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, keputusan tersebut dicapai melalui satu mesyuarat kabinet yang telah diadakan pada hari ini iaitu 14 Julai 2021.

Kenyataan itu juga memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

Selain itu, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara serta membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.

Ali Jemaah Menteri Telah Buat Keputusan Sebulat Suara Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Sumber : BERNAMA

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *