Ibu Alami Kesempitan Hidup, Jenazah Bayi Dibiarkan Semalaman | Disebabkan oleh kesempitan hidup yang dialami, seorang ibu tidak mampu untuk menguruskan jenazah bayinya yang berusia tiga bulan. Bayi kecil itu dipercayai meninggal kerana mengalami demam panas.

Ibu Alami Kesempitan Hidup, Jenazah Bayi Dibiarkan Semalaman

Kerana tidak mampu untuk menguruskan jenazah anaknya, bayi itu terbiar selama semalaman. Namun dia hanya mampu untuk mendakap bayinya itu.

Kejadian yang berlaku di sebuah rumah setinggan di sebuah rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah. Kisah yang menyayat hati itu disedari oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan, Rumah Ngaji.

Jenazah bayi itu telah diuruskan oleh Pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir dengan dibantu oleh tiga ustaz kampung. Ibu kepada bayi itu tinggal menumpang di rumah itu bersama seorang lagi anaknya yang berusia dua tahun.

Sukarelawan yang menyedari kejadian itu lalu di kawasan itu ketika kejadian itu berlaku dan mendapati ibu berkenaan sedang menangis. Apabila ditanya, dia memaklumakan bahawa bayinya sudah meninggal dunia dan dia tidak mampu untuk menguruskan jenazah anak itu kerana tidak mempunyai apa-apa.

Ibu itu masih dalam keadaan trauma dan dipercayai dia turut meminta bantuan daripada beberapa orang sebelum kejadian itu. Keluarga berkenaan dihimpit kesusahan selepas suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah.

Dengan itu keluarga itu dibantu dengan barangan asas untuk dua bulan dan bantuan lain yang bersesuaian.

Menurut Laili, Rumah Ngaji yang dikendalikannya banyak membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu. Pihaknya juga bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan memerlukan.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply