Menerusi satu perkongsian video yang dibuat di TikTok baru-baru ini, ibu bapa mengalami detik cemas selepas anak perempuan mereka terkunci di dalam rumah bersendirian.

Menurut pemilik akaun yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu, dia mengatakan kejadian itu berlaku selepas dirinya dan suami bersiap untuk pergi kerja dan berada di luar rumah.

Tidak seperti kebiasaannya, wanita tersebut tidak mendukung anaknya untuk bersama-sama berada di luar.

Oleh disebabkan dia berada dalam rumah, kanak-kanak itu menolak dan pintu rumah terkunci dengan sendirinya dari dalam.

Oleh itu, mereka segera menelefon pihak bomba untuk mendapatkan bantuan sementara mencuba untuk menenangkan anak perempuan mereka yang berseorangan di dalam rumah.

“Nasib baik pagar kat tangga ni dah tutup pagi tadi. Tak boleh bayang kalau Jasmeen naik tangga sementara tunggu bomba sampai. Allah lindung anak mommy. Sedih tengok dia menangis macam ni,” ujar ibu kepada kanak-kanak tersebut

Bukan itu saja, suami kepada wanita tersebut juga mencuba sehabis baik untuk mengeluarkan anaknya dari dalam rumah dengan memecahkan gril pintu untuk masuk ke dalam sambil menenangkan isterinya.

Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya suami wanita tu berjaya masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan anaknya.

Selang beberapa minit kemudian, pihak bomba tiba untuk mendapatkan segala keterangan mengenai kejadian berkenaan. Video yang dimuatnaik dalam akaun milik @tiramizue telah mendapat tontonan hampir 2 juta tontonan dan 76,000 tanda suka.

@tiramizuee

Mommy mintak maaf sayang..Allah lindung anak mommy😔 #CapCut #nyawamommy #babygirl

♬ Yasir Lana – arief akdw

Rata-rata komen netizen berasa sebak melihat kanak-kanak tersebut menangis memanggil ibunya. Mereka juga mengujarkan rasa syukur apabila mengetahui kanak-kanak tersebut dalam keadaan selamat.

Keadaan anak perempuannya juga difahamkan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas berjaya diselamatkan oleh bapanya sendiri.

Malah wanita kepada kanak-kanak tersebut berterima kasih kepada semua atas nasihat berkenaan dengan kejadian itu.

@tiramizuee

Replying to @𝐂𝐚𝐦𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐍𝐞𝐫𝐚

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

“Anak bijak solehah. Semoga kejayaan dunia akhirat dalam genggaman awak ye syg. Sihat selalu, panjang umur, murah rezeki, dan segala kebaikan untuk kalian.” komen salah seorang pengguna tiktok yang melihat video yang dimuatnaik oleh ibu Jasmeen.

 

Sumber : Oh Bulan

Share.

Leave A Reply