Rafiuddin Abdul Rashid seorang kanak kanak yang berusia 12 tahun di temui lemas semalam. Dia sering bermain bola sepak di kawasan lapang berhampiran dengan sungai Dungun , dekat kampung Rajawali.

Ibu Mangsa Tidak Menyangka Anaknya Ditemui Meninggal Dunia. 'Ini' Sebabnya..

Ibu mangsa, Al Miah Nor Ali, 47, berkata dia sedikit pun tidak menyangka anak keenamnya daripada tujuh beradik itu akan mandi di sungai terbabit kerana seringkali berpesan kepadanya supya tidak berbuat demikian.

Beliau berkata, Rafiuddin ada meminta kebenaran untuk keluar bermain bola bersama rakan di kawasan lapang yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah.

Dia selalu bermain bola di situ dan saya tidak sangka dia mandi di sungai terbabit.

Katanya, retak hatinya sebaik rakan kepada anaknya datang ke rumah petang semalam memaklumkan Rafiuddin lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, Rafiuddin bersama empat rakannya, Muhammad Qhalish Iman Hazimi, Muhammad Aqil Shafie, Wan Adip Hakimi Wan Ahmad Khairuddin dan Raja Muhamad Anas Raja Ibrahim, semuanya berusia 12 tahun dikatakan mandi di Sungai Dungun.

Ketika empat daripada mereka bermain di atas tebing pasir di situ kira-kira 30 meter dari darat paras air tiba-tiba naik sehingga mencecah paras lima meter. Mereka kemudian berenang ke tepi, namun Rafiuddin dan Muhammad Qhalish dihanyutkan arus.

Muhammad Qhalish bagaimanapun diselamatkan, manakala Rafiuddin tenggelam ke dasar sungai.

Al Miah berkata, sejak kebelakangan ini, sikap anaknya bertukar pendiam berbanding sebelum ini yang agak peramah dan aktif.

Seterusnya, dia aktif dalam sukan olahraga di sekolah dan suka bergaul dengan pelajar lain. Perubahan sikapnya menjadi pendiam turut disedari gurunya di sekolah. Walaupun sedih dengan kehilangan itu, saya bersyukur jasad Rafiuddin ditemui.

Dalam pada itu, katanya, Rafiuddin juga ada meminta saya menyediakan sarapan untuk makan di rumahnya, sedangkan kebiasannya dia membawa bekal.

Beliau berkata, sebelumnya dia buat sandwic dan anaknya makan dengan berselera, menyebabkan ia sangat sedih setiap kali teringkatkan bahawa itulah makanan terakhir yang disediakan untuknya.

Jenazah Rafiuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelandang, Pulau Serai, petang ini.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply