“Ibu Memang Mempunyai Kesan Parut Lama Pada Kaki” | Tiada siapa pun yang hidup akan mengetahui saat kematian kerana ia menjadi rahsia Allah bagi membolehkan umat manusia itu sentiasa mengisi masanya untuk melakukan amal kebajikan dan suruhanNya sebagai bekalan di akhirat nanti.

"Ibu Memang Mempunyai Kesan Parut Lama Pada Kaki"

Kuala Terengganu: Mayat Che Janiah Jaafar, 55, yang ditemui rentung di kawasan belukar Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Tepoh, Kuala Nerus hampir sebulan lalu dicam menerusi kesan parut pada kakinya.

Anak sulung mangsa, Wan Mahisyamri W. Abd. Manan, 39, berkata, jari kaki kanan yang berinai juga telh menguatkan naluri dia dan enam adiknya bahawa mayat itu adalah ibu mereka.

“Ibu memang mempunyai kesan parut lama pada kaki kanan selain dia baru sahaja berinai tidak lama sebelum dilaporkan hilang pada 16 April lalu.

“Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang diumumkan Jumaat lalu mengesahkannya,” katanya ketika ditemui Kosmo sewaktu menuntut mayat Che Janiah di Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mahisyamri berkata, meskipun mereka sudah reda dengan pemergian ibu mereka namun dia dan enam adik-beradik tidak akan sesekali menerima perbuatan kejam yang telah diperlakukan terhadap wanita itu.

Sehubungan itu, dia juga mahu pembunuh yang membunuh ibunya dibawa muka pengadilan sekali gus menerima hukuman setimpal dengan kekejaman yang dilakukannya.

Sementara itu, laporan daripada Kosmo pada 18 April lalu, melaporkan seorang tukang sapu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) tergamam selepas terserempak dengan satu mayat wanita dipercayai mangsa pembunuhan yang rentung kecuali sebahagian kaki kanan sewaktu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan pada pukul 7.15 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, tempoh reman dua suspek kes itu yang merupakan lelaki berusia 30-an dan 60-an telah disambung sehingga lusa.

Sumber: Kosmo

 

 

 

Share.

Leave A Reply