Ibu Panik Anak Sulungnya Campak Bayi Ke Lantai. PUNCANYA Buat Ramai Terkedu! Tular di Tiktok, seorang ibu panik apabila anak sulungnya yang mempunyai penyakit mild autism campak bayi ke lantai. Baca seterusnya.

Kadang kala, ada masanya ibu akan terlepas pandang untuk pantau anak mereka kerana sibuk untuk menguruskan rumah.

Baru-baru ini, ada seorang ibu yang dikenali sebagai Amiera Baharom berdepan dengan detik cemas kerana anak sulungnya telah melempar si adik yang masih bayi ke lantai.

Kakak ada mild autism

Dalam video berdurasi 49 saat yang dimuat naik di TikTok itu, anak sulung, Amilia sedang berada di ruang tamu bersama adiknya, Amina. Jadi Amiera dan suaminya pula dilihat seperti berada di dapur.

Tanpa diduga, Amilia tiba-tiba dukung Amina dari kereta sorong dan melemparkannya ke lantai sebelum seorang lelaki bergegas ke tempat kejadian.

Walaubagaimanapun, ketika membuat pemeriksaan, Amina tidak ada apa-apa dan tiada sebarang kecederaan teruk berlaku kepadanya.

Amiera menjelaskan bahawa dia akui itu adalah silapnya kerana tidak dapat menyangka Amilia akan bertindak sedemikian.

“Kami akui silap kami sebab letak Amina kat situ. Benda nak jadi, kami sendiri pun tak expect semua ni. Lega doktor kata Amina ok.”

Dalam pada itu, Amiera menjelaskan bahawa anak sulungnya itu ada ‘mild autism’ dan ia mungkin salah satu penyebab dia bertindak sedemikian.

“Btw.,kepada yang tak tahu, anak sulung saya Amilia ada mild autism. Ini maybe salah satu penyebab dia bertindak macam tu. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.”

Tak ada siapa yang salah – Netizen

Dalam masa 16 jam, video ini telah meraih 6.4 juta jumlah tontonan, dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Amiera dan memberikan sokongan moral kepadanya.

Sumber: LM

Share.

Leave A Reply