Ibu Peluk Keranda Dan Menangis Tak Henti.

| January 17, 2021 | 0 Comments

Ibu Peluk Keranda Dan Menangis Tak Henti.| PEKANBARU: Jenazah seorang daripada penumpang pesawat Sriwijaya Air, Putri Wahyuni tiba di kediamannya di Pekanbaru, Riau hari ini kira-kira pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

Lapor Kompas.com, Puteri terkorban bersama suaminya, Ihsan Adhlan Hakim, 23 tajun.

Namun, jenazah pasangan suami isteri itu dikebumikan di tempat berbeza apabila jenazah Ihsan disemadikan di Pontianak.

Ketibaan jenazah Putri disambut tangisan hiba ahli keluarga, terutamanya ibu dan bapanya.

Bapa Putri, Arizal Effendi kelihatan sugul dan tidak mampu berkata-kata tatkala melihat keranda yang membawa jenazah anak perempuannya dibawa masuk ke dalam rumah.

Malahan, dia hampir terjatuh dan dipapah oleh ahli keluarga yang lain.

Ibu Putri, Ratna pula tidak berhenti menangis sambil memeluk keranda jenazah anaknya.

Kira-kira sejam selepas itu, jenazah Putri dibawa ke masjid berhampiran untuk disolatkan sebelum dikebumikan.

Dalam pada itu, abang Putri, Aulia Riski berkata, mereka sekeluarga jenazah adiknya dapat dikenal pasti dan mereka reda dengan musibah yang berlaku.

“Alhamdulillah, biarpun kami menyambut kepulangannya dengan cara lain, kami reda akan semua yang berlaku,” ujarnya.

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *