Ibu Terkejut Temui Anak Maut Gantung Diri Di Jeriji Tingkap

| September 23, 2020 | 0 Comments

Ibu Terkejut Temui Anak Maut Gantung Diri Di Jeriji Tingkap | Kluang: Seorang wanita berusia 20 tahun ditemui mati dipercayai menggantung diri dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Suria Emas dekat sini, jam 10 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, kejadian disedari ibu mangsa yang pulang ke rumah.

Katanya, mangsa ditemui ibunya dalam keadaan tergantung dengan tali di jeriji tingkap rumah dan disahkan mati oleh pasukan perubatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.

“Hasil siasatan awal, tiada unsur jenayah berkaitan kematian mangsa,” katanya pada kenyataan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *