Ibu Tunggal Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol Ketika Dikuarantin

| May 6, 2021 | 0 Comments

Ibu Tunggal Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol Ketika Dikuarantin | Seorang ibu tunggal telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan telah membuat laporan palsu. Dia telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki semasa menjalani tempoh  kuarantin covid-19 di sebuah pusat kuarantin di Pengkalan Chepa.

Ibu Tunggal Buat Laporan Palsu Dakwa Dirogol Ketika Dikuarantin

Siti Nashurah Mat Daud, 26, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.  Siti Nashurah dituduh memberi maklumat palsu kepada anggota polis dengan mendakwa dirinya dirogol seorang lelaki berusia 34 tahun, dengan niat supaya tindakan diambil terhadap individu itu.

Dia dikatakan telah membuat laporan polis di kaunter Balai Polis Pengkalan Chepa, jam 5.58 petang 1 Mei lalu, mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin, manakala tertuduh pula diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nik Nazriani Nik Ab Rahman. Sharifah Amirda Shasha memohon ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dikenakan terhadap tertuduh.

Nik Nazriani memohon supaya anak guamnya itu dikenakan ikat jamin minimum berikutan tertuduh adalah ibu tunggal dan perlu menyara tiga anak. Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, dan tarikh 23 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian 

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *