Suasana di Taman Melaka Raya di sini gempar selepas seorang wanita maut dipercayai terjun dari tingkat 12 sebuah hotel, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian pukul 10.45 pagi itu, mayat mangsa yang juga ibu tunggal berusia 55 tahun ditemui orang awam.

Katanya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak hotel mendapati, si mati merupakan orang awam yang datang ke premis itu kira-kira pukul 10.23 pagi.

“Si mati kemudian telah naik ke tingkat 12 dan selepas lima minit, wanita itu dipercayai terjun dari koridor laluan ke bilik hotel.

“Hasil soal siasat, si mati merupakan seorang ibu tunggal telah hilang pekerjaan sebagai penjual produk kesihatan selepas negara dilanda Covid-19 dan dipercayai mempunyai masalah kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Christopher, laporan diterima Balai Polis Banda Hilir pukul 10.52 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota telah ke lokasi untuk pemeriksaan.

“Pegawai penyiasat bersama jurufoto telah ke lokasi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah.

“Mayat si mati ditemui berpakaian lengkap dalam keadaan tertiarap di atas jalan dan berlumuran darah pada bahagian kepalanya,” jelasnya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply