Kumpulan nasionalis tegar menuntut agar sekatan pemakaian hijab di dalam kelas lebih banyak dijalankan di wilayah India yang lain selepas mahkamah mengekalkan larangan bertudung di sekolah di Karnataka.

India: Kumpulan Nasionalis Desak Larangan Bertudung Di Sekolah

Penghakiman itu menimbulkan kebimbangan pelajar Islam mengenai masa depan akademik mereka, sekiranya mereka membantah larangan itu.

Keputusan Mahkamah Tinggi Karnataka semalam, menyokong larangan berhijab di selatan India pada Februari lalu, yang turut disambut baik Perdana Menteri, Narendra Modi, mengatakan pelajar harus mengelak pakaian keagamaan dalam kelas.

Tiada garis panduan kebangsaan mengenai pakaian seragam di India dan negeri sering menyerahkan kepada pentadbiran sekolah untuk memutuskan pakaian perlu dipakai pelajarnya.

Presiden Akhil Bharat Hindu MahaSabha, Rishi Trivedi, berkata India pada dasarnya adalah negara Hindu dan enggan melihat apa-apa jenis pakaian keagamaan di institusi pendidikan negara.

Katanya, mereka mengalu-alukan keputusan mahkamah dan mahu peraturan sama dipatuhi di seluruh negara.

Larangan di Karnataka yang ditadbir Parti Barathiya Janata (BJP)itu mencetuskan bantahan beberapa pelajar Islam dan ibu bapa, selain bantahan balas pelajar Hindu.

India: Kumpulan Nasionalis Desak Larangan Bertudung Di Sekolah

Pengkritik larangan itu berkata, ia adalah satu lagi kaedah meminggirkan masyarakat Islam yang merangkumi kira-kira 13 peratus daripada 1.35 bilion penduduk India.

Pemimpin Vishva Hindu Parishad (VHP), sekutu RSS, pertubuhan induk BJP, meminta larangan hijab di negeri asal Modi di Gujarat, selain akan menulis surat kepada negeri paling ramai penduduk, Uttar Pradesh, di mana BJP turut berkuasa.

Setiausaha Gujerat VHP, Ashok Raval, bertudung tidak dibenarkan dalam pasukan pertahanan, polis dan pejabat kerajaan, jadi kenapa larangan bertudung di sekolah dan kolej dipertikaikan? Ini percubaan mencetuskan ketegangan kaum,” katanya.

Namun, Menteri Pendidikan Gujarat, Jitu Vaghani, enggan mengulas manakala seorang menteri negeri dan seorang birokrat yang enggan namanya disiarkan, berkata tiada rancangan segera untuk mengharamkan tudung di sekolah.

Pegawai di Uttar Pradesh, di mana BJP kekal berkuasa selepas pilihan raya baru-baru ini, berkata keputusan hanya akan diambil pentadbiran seterusnya, yang sepatutnya dilaksanakan dalam beberapa hari.

India: Kumpulan Nasionalis Desak Larangan Bertudung Di Sekolah

Ayesha Hajeera Almas yang mencabar larangan Karnataka di mahkamah dan kini mempertimbang untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan itu di mahkamah tertinggi India berkata, wujud kebimbangan sebenar bahawa larangan hijab kini akan diteruskan pada peringkat nasional.

Remaja berusia 18 tahun itu berkata dia tidak bersekolah apabila pihak berkuasa melarang gadis Islam memakai tudung, sejak akhir Disember 2021 dan larangan sama berkuat kuasa di seluruh negeri pada awal Februari lalu.

Jelasnya, semakin lama, mereka berasa tidak menerima layanan sama rata ketika tinggal di India.

Tambahnya, beliau berjuang untuk diri sendiri, adik perempuan dan agama serta takut perubahan ini akan berlaku di seluruh negara, tetapi berharap sebaliknya.

Sumber: Reuters

Share.

Leave A Reply