Individu Ini Dicari Kerana MEMBAKAR Kucing. Kejam!

| July 18, 2020 | 0 Comments

Individu Ini Dicari Kerana MEMBAKAR Kucing. Kejam!. | Sejak kebelakangan ini, banyak kes yang melibatkan penganiayaan terhadap haiwan berlaku dalam masyarakat kita.

Menerusi satu perkongsian di halaman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, seekor kucing dipercayai telah dibakar hidup-hidup dengan kejam dan zalim oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Video kejadian yang turut dikongsikan oleh halaman Facebook persatuan berkenaan juga turut telah tular di media sosial. Rakaman tersebut bagaimanapun telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya dalam golongan warganet yang menonton rakaman tersebut.

Menurut Animal Malaysia, kucing tersebut telah dicurahkan dengan minyak api dan dibakar menggunakan pemetik api. Mereka kini sedang giat mengumpul maklumat terhadap insiden terbabit.

Animal Malaysia menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000.00 kepada RM10,000.00 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan Aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak api lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.

Animal Malaysia dapat maklumat tidak lengkap dengan mengatakan kejadian berlaku di Pahang. Namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

Animal Malaysia merayu supaya bekalkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku sial ini berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membunuh anak kucing tidak berdosa ini jika benar kejadian di negara ini dan pelaku berada di Malaysia.

Bangkit semua perangi jenayah kezaliman haiwan!

Salurkan maklumat segera ke talian Whatsapp hotline +601120901097.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, PELIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *