Individu Yang Ingin Masuk Ke Negeri Sabah Perlu Jalani ‘Swab Test’ 3 Hari Sebelum Perjalanan | Terbaru, menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan bahawa semua individu yang memasuki ke negeri Sabah bagi urusan kerja atau lain-lain dengan kebenaran PDRM dan pergerakan keluar dari Sabah ke Sarawak atau WP. Labuan perlu menjalani ujian swab test dalam tempoh 3 hari sebelum perjalanan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya individu yang berkepeputusan negatif dan tidak bergejalan sahaja dibenarkan masuk ke Sabah dan tidak perlu menjalani kuarantin.
Manakala, pergerakan keluar dari Sabah ke Semenanjung tidak perlu menjalani swab test sebelum berlepas.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara (MKN)