Ingat Senapang ‘Palsu’.. Kanak-Kanak Maut Ditembak Rakan | Kenakalan beberapa kanak-kanak berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak maut ditembak rakan guna senapang yang ditemui yang disangka senapang tersebut palsu. Baca selanjutnya..

TEMBAK DI DAHI

Bangkok – Seorang kanak-kanak berumur 5 tahun terbunuh selepas ditembak ketika dia dan dua lagi rakannya bermain dengan senapang sebenar yang disangka palsu, lapor portal berita The Thaiger, kelmarin.

Dalam kejadian di wilayah Chon Buri itu, mangsa yang merupakan warga Myanmar dipercayai bermain dengan selaras senapang buatan tempatan yang dijumpai di rumah salah seorang rakan mereka.

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kemudian menarik picu senapang dan menembak mangsa pada bahagian dahi.

Kanak-kanak tersebut kemduian dibawa ke Hospital Bang Lamung oleh anggota pasukan keselamatan ,Sawang Boriboon namun meninggal dunia di hospital.

Stesen televisyen tempatan, Sophon Cable TV melaporkan tragedi tersebut berlaku disebabkan kenakalan kanak-kanak tersebut.

Kenyataan itu bagaimanapun dikritik netizen yang kemudian memberitahu ia berlaku kerana kecuaian orang dewasa yang tidak mengawasi kanak-kanak tersebut ketika bermain.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply