Ingatkan Positif Covid, Tapi Rupanya Lebih Teruk

| February 4, 2021 | 0 Comments

Ingatkan Positif Covid, Tapi Rupanya Lebih Teruk | Pada musim panas yang lalu, pemain tenis Sepanyol Carla Suarez Navarro mengalami sakit perut yang terlampau dan dia mengesyaki itu adalah COVID-19.

Namun begitu, setelah menjalani ujian, berita itu jauh lebih buruk daripada yang dia bayangkan. Selepas didiagnosis dia disahkan menghidap limfoma Hodgkin, sejenis barah, dan memerlukan kemoterapi selama berbulan-bulan.

Beliau yang terkenal sebagai salah seorang pukulan  terbaik dalam tenis, telah memutuskan pada awal tahun untuk mengundurkan diri. Akan tetapi apa yang berlaku pada dirinya sekarang bukan lah perkara yang dia mahukan.

Beberapa bulan selepas berita pada September itu diumumkan, dia telah pulih dengan baik dan merancang untuk membuat majlis perpisahan yang lebih sempurna untuk sukan itu di Olimpik Tokyo yang akan dijadualkan semula.

Suarez Navarro telah menyelesaikan kemoterapi pada Januari yang lepas dan itu adalah salah satu detik penting dalam hidupnya.

Mengingat kembali peristiwa di diagnosis, beliau berkata “Saya menjalani ujian PCR untuk memeriksa sama ada saya terkena jangkitan coronavirus dan keputusannya adalah negatif. Kemudian, saya pergi berjumpa doktor kerana saya sakit perut.

Saya terus merasa tidak sihat sehingga kami berjumpa dengan lebih ramai doktor sehingga salah seorang daripada mereka beritahu mengenai kemungkinan limfoma tetapi kami harus menunggu keputusannya. Saya menjalani ujian dan biopsi di seluruh badan saya dan akhirnya saya menerima berita buruk”, katanya dalam sebuah wawancara di Eurosport Players’s Voice.

Dia juga turut berkongsi tentang aktivitinya untuk mengisi masa dengan membaca dan melukis.

Sumber : The Star

Tags: , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *