Ingkar PKP. Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Menteri Agama.

| May 13, 2020 | 0 Comments

Ingkar PKP. Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Menteri Agama. |Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan telah menerima laporan polis mengenai perkara tersebut.

“Kita telah membuka kertas siasatan polis untuk menjalankan siasatan awal terhadap kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ia susulan dakwaan mengenai Zulkifli memuat naik berita mengenai kegiatannya di halaman Facebooknya pada 2 Mei.

Laporan polis tersebut dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun di balai polis Bandar Baru Bangi pada kira-kira pukul 6.10 petang 3 Mei.

Pengadu menyebut terdapat sejumlah aktiviti yang dijalankan oleh Zulkifli yang didakwa melanggar PKP.

Menteri berkenaan didakwa melakukan perkara tersebut dengan menghantar surat pertukaran kepada pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara peribadi pada 31 Mac dan mengambil gambar bersama pegawai tersebut.

Zulkifli juga didakwa telah bertemu dengan kenalannya, Datuk Dr Fathul Bari, dan beberapa individu lain dan mengadakan pertemuan di pejabatnya tanpa mengamalkan penjarakkan sosial pada 13 April.

Laporan itu juga mendakwa pada hari berikutnya, menteri tersebut memanggil Dr Rozaimi Ramli, Dr Ahmad Kamil Jamilin dan Dr Fathul, serta beberapa individu lain untuk mengadakan pertemuan di pejabatnya.

Sumber : Mstar

Tags: , , , ,

Category: AGAMA, INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *