Ingkar PKPD, Remaja 18 Tahun Dikompaun RM 3,000

| April 10, 2021 | 0 Comments

Ingkar PKPD, Remaja 18 Tahun Dikompaun RM 3,000 | Seorang remaja didenda setelah ditangkap cuba untuk melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Remaja tersebut dikatakan telah mengingkari arahan dengan keluar halangan tanpa kebenaran polis.

Pekan: Seorang remaja yang berusia 18 tahun dikompaun sebanyak RM 3,000 kerana didapati bersalah melanggar larangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Taman Mentiga Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Razli Mohd Yusof, berkata berdasarkan laporan , perbuatan remaja terbabit dikesan oleh pasukan Pemantau Team Alpha Covid-19 pada jam 9.40 malam.

Katanya, remaja terbabit dikompaun kerana telah mengingkari arahan keluar dan masuk ke kawasan PKPD tanpa kebenaran polis dengan keluar halangan dan kawat berduri yang dipasang di Taman Mentiga Jaya menuju ke Taman Dato Shahbandar Pekan.

“Dengan pelanggaran PKPD itu, kompaun RM 3,000 dikeluarkan terhadap remaja itu atas kesalahan mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Pemulihan)(No.3) 2021,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati penduduk yang kawasan mereka dikenakan PKPD untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Berkuatkuasa 9 hingga 22 April ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPD di lima taman perumahan dan perkampungan di daerah itu.

Lima kawasan itu ialah Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat setelah kerajaan membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP  dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengenal pasti wujud kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah itu membabitkan pekerja kilang yang menetap di kawasan terbabit.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *