Ini Intipati Pengumuman Khas Dari PM Sebentar Tadi. | Susulan sidang media perutusan khas oleh Perdana Menteri, Ini antara Intipati Pengumuman tersebut. Baca selanjutnya..

SAYA MASIH KEKAL PERDANA MENTERI

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ketika sesi menghadap Seri Paduka, pada jam 11 pagi tadi di Istana Negara.

Pada sesi menghadap hampir sejam itu, Muhyiddin mendedahkan bahawa beliau menyembah maklum mengenai penerimaan jumlah surat akuan bersumpah (SD) yang disifatkan sebagai meyakinkan.

Selain itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan di Parlimen yang akan bersidang pada September ini.

Muhyiddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai Perdana Menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan.

“Alhamdulillah, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan cadangan saya ini.

“Sementara itu, Jemaah Menteri dan jentera pentadbiran kerajaan akan terus berfungsi untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, khususnya dalam menangani pandemik Covid-19,” katanya menerusi Perutusan Khas, hari ini.

Semalam, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memutuskan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan keputusan itu menegaskan bahawa parti itu memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan tidak akan mempertahankan kerajaan PN dan Perdana Menteri selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan Umno.

VIDEO PERUTUSAN KHAS:

Sumber :  MyMetro RTM

Share.

Leave A Reply