Ini Jadual Rentas Negeri Bagi Yang Terkandas Di Kampung.

| May 3, 2020 | 0 Comments

Ini Jadual Rentas Negeri Bagi Yang Terkandas Di Kampung. | Pergerakan pulang rakyat yang berada di kampung halaman ke bandar akan bermula dari 7 hingga 10 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyediakan jadual pergerakan bagi memastikan kelancaran perjalanan berkenaan.

Sehingga kini, katanya, PDRM sudah menerima kira-kira 500,000 permohonan untuk pulang bekerja dan kebenaran bergerak itu bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia.

“PDRM akan membuat kenyataan media bagi memberikan penjelasan lebih terperinci mengenainya seperti bila dan di mana,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hari ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Al-Ishsal Ishak mengadakan sidang media berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman. dan menjelaskan peraturan dan cara-cara untuk bagi membolehkan orang ramai yang hendak membuat pergerakan merentas negeri.

Orang ramai perlu mengemaskini App Gerak Malaysia bagi mengemas kini maklumat pada 4 dan 5 Mei.

Ini Jadual Pergerakan Rentas Negeri Bagi yang terkandas :

7 Mei 2020 (Khamis) : Pergerakan Untuk Yang Berada Di Kuala Lumpur.

8 Mei 2020 (Jumaat) : Pergerakan Untuk Yang Berada Di Perak, Johor Dan Kelantan.

9 Mei 2020 (Sabtu) : PergerakanĀ  Untuk Yang Berada Di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka Dan Pahang.

10 Mei (Ahad) : Pergerakan UntukĀ  Yang Berada Di Selangor, Negeri Sembilan Dan Terengganu.

Untuk maklumat lebih detail boleh dengar sidang media di bawah.

[LIVE] PERGERAKAN ANTARA NEGERI DALAM TEMPOH PKPB: SIDANG MEDIA PENGARAH JSJ BERSAMA PENGERUSI SKMMKini sedang berlangsungnya Sidang Media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, CP Dato' Huzir Mohamed bersama Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Encik Al-Ishsal Ishak berkenaan pergerakan antara negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.#LiveUpdate#PolisDirajaMalaysia#RoyalMalaysiaPolice#PDRM#RMP#03052020

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Sunday, May 3, 2020

Sumber : Polis Diraja Malaysia

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *