Ini Jawapan Bank Negara Malaysia Apa Yang Diumumkan Semalam.

| April 30, 2020 | 0 Comments

Ini Jawapan Bank Negara Malaysia Apa Yang Diumumkan Semalam. | KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) kesal atas sebarang kekeliruan dan kebimbangan yang timbul ekoran pengumuman yang dibuat oleh bank pusat itu semalam.

BNM berkata, penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan sebenarnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam serta pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan tujuan itu masih tidak berubah.

Kekeliruan yang timbul, katanya, adalah disebabkan oleh salah tanggapan bahawa jumlah bayaran balik sesuatu pinjaman Sewa Beli tidak boleh diubah.

Bank pusat berkata, salah tanggapan itu juga sedikit sebanyak mungkin disebabkan oleh ilustrasi pengiraan yang ditunjukkan dalam versi awal soalan lazim (FAQ), yang menggunakan beberapa andaian dan kaveat.

“Kami kemudiannya mengeluarkan contoh pengiraan terbabit daripada FAQ ini apabila Institusi Kewangan menyediakan contoh pengiraan mereka masing-masing.

“Ilustrasi yang kami tunjukkan bukan bertujuan untuk ‘menghilangkan’ caj kadar faedah terakru (yang diambil kira) kepada pinjaman yang diberikan penangguhan bayaran balik.

“Peminjam atau pelanggan yang akaun pinjaman Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap mereka menunjukkan penangguhan bayaran balik secara automatik sejak 1 April 2020, akan terus mendapat penangguhan itu sehingga 30 September 2020,” katanya dalam soalan lazim mengenai sewa beli dan produk pembiayaan Islam berkadar tetap.

BNM berkata, peminjam/pelanggan dengan Sewa Beli dan pembiayaan Islam berkadar tetap yang pada mulanya menerima moratorium ini tetapi kemudiannya menukar fikiran (tidak mahu penangguhan dan ingin membuat bayaran balik seperti biasa) masih boleh berbuat demikian.

Sumber : BH

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *