Ini Keadaan Terkini Wanita Yg Keretanya Dihempap Kepingan Konkrit.

| September 19, 2020 | 0 Comments

Ini Keadaan Terkini Wanita Yg Keretanya Dihempap Kepingan Konkrit. | Kuala Lumpur: “Kami sekeluarga bersyukur kakak terselamat walaupun keadaan kereta teruk selepas kejadian itu. Keadaannya juga semakin baik serta dibenarkan keluar dari hospital hari ini,” kata Wan Aziqa Hanen Wan Maliki, 24 adik kepada Wan Aqila Hanen Wan Maliki, 25.

Dihempap konkrit

 

Wan Aqila nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), di sini, semalam.

Wan Aziqa berkata, kejadian itu menyebabkan kakaknya patah tangan kiri dan tulang selangka namun mujur dia tidak mengalami kecederaan teruk.

“Ayah yang yang ke lokasi melihat kereta kakak pun berasa bersyukur kerana tempat duduk kakak tidak dihempap dengan konkrit itu.

“Kakak yang menerima rawatan di hospital malam tadi dimasukkan ke wad jam 4 pagi namun semalam emosinya tidak stabil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, hari ini keadaannya sedikit baik namun keluarga masih bimbang dan akan memindahkannya ke hospital swasta selepas dibenarkan keluar dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) hari ini.

“Kami ada bertanya kepada kakak bagaimana kejadian itu namun dia sendiri tidak pasti dan hanya sedar apabila ada orang datang menolongnya keluar dari kereta.

“Kami cuma berharap orang ramai mendoakan kakak saya segera sembuh dan soal langkah selanjutnya termasuk tindakan undang-undang itu saya tidak dapat ulas lagi,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap kepingan konkrit.

Kejadian pada 4.30 petang itu tular di media sosial apabila satu video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.

Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *