Ini Komen Doktor Noor Hisham Lepas YDP Agong Istihar Darurat Batu Sapi.

| November 18, 2020 | 0 Comments

Ini Komen Doktor Noor Hisham Lepas YDP Agong Istihar Darurat Batu Sapi. | PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sejak dari awal lagi, melahirkan kebimbangan terhadap risiko penularan pandemik COVID-19, jika pilihan raya diadakan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia berikutan peningkatan kes dan isu yang timbul selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan di Sabah pada akhir September lalu.

“Memang KKM dari awal lagi, amat bimbang sekiranya ada pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK), PRN atau Pilihan Raya Umum (PRU).

“Syor KKM dari dulu lagi, jika boleh, elakkan pilihan raya… inilah pendapat KKM.

“Kalau boleh amat penting untuk mengelakkan PRK (diadakan) supaya kita dapat mencegah penularan COVID-19 dalam negara,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata demikian ketika diminta mengulas persetujuan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah, bagi mengelak PRK sebagai langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.

Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam satu kenyataan, berkata Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.

Sumber : BH

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *