Ini Komen Zahid Hamidi Tentang Pendedahan Tajuddin. | PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi ‘bayangan’ tindakan akan dikenakan terhadap bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Tajuddin Abdul Rahman, susulan tingkah lakunya.

Katanya, Lembaga Disiplin Umno akan menyiasat Ahli Parlimen Pasir Salak itu jika ada permintaan dalam kalangan ahli parti.

Beliau berkata, berkata saranan lembaga itu akan dipertimbang dan diputuskan MKT.

Menurut laporan Berita Harian, Zahid berkata, beliau perlu menghormati perlembagaan Umno kerana parti itu terdapat Lembaga Disiplin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas prosiding perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Terdahulu, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional enggan mengulas berhubung pendedahan Tajuddin, semalam, susulan dakwaan menjadi saksi Umno menghantar akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Tajuddin menerusi sidang media mendedahkan beliau adalah saksi Umno menghantar SD kepada Agong untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Beliau juga secara terbuka mendesak Zahid melepaskan jawatan presiden parti untuk diserahkan kepada Ismail Sabri Yaakob, selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu beliau berbuat demikian.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply