Ini Nama Parti Baharu Tun M Yang Ramai Nak Tahu.

| August 12, 2020 | 0 Comments

Ini Nama Parti Tun M Yang Ramai Nak Tahu. | Baru-baru ini Tun M mengumumkan menubuhkan parti baharu selepas dipecat dari PPBM. Ketika pengumuman itu dibuat, parti tersebut masih tidak diberi nama. Hari ini Tun M mengumumkan parti baharu itu.

Nama Parti Tun M

Kita tubuh parti untuk selamatkan kita.

Parti kita dihijack untuk selamatkan musuh kita.

Demikian Bersatu.

Ditubuh untuk hapuskan Kleptokrat.

Sekarang beralih untuk selamat Kleptokrat.

Kerana apa?

Kerana jawatan dan wang.

Perjuangan asal dibelakangkan.

Perjuangan sekarang berasas kepada “apa aku dapat”.

Jalan mudah. Terima sahaja apa yang ditawar.

Jika ada sesuatu yang boleh hancur Melayu.

Mengutama apa aku dapat adalah cara hancur orang Melayu.

Kenapa?

Kerana mengutama apa aku dapat, membelakangkan kepentingan Melayu.

Lihat peristiwa jual tanah.

Ya. Jual tanah dapat duit.

Duit habis, tanah sudah tergadai.

Apa yang tinggal pada penjual. Nothing.

Lihat Melayu negara jiran.

Melayu lagikah negara mereka?

Jual tanah sama dengan jual hak.

Lama-kelamaan jual negara.
Tidak ada hak lagi.

Maka hancurlah Melayu.

Siapa yang salah?

Orang lainkah?

Pilihlah.

Parti kami ditubuh kerana kesedaran.

Rasuah menghancur bangsa.

Rasuah yang hancur orang Melayu.

Jika ingin dapat jawatan dan wang.

Pilih parti lain.

Jika ingin tebus maruah.

Jika ingin kekal hak kita.

Pilih parti kami.

Pilih PEJUANG.

Sumber : FB Dr. Mahathir bin Mohamad

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *