Ini Nasihat YDP Agong Kepada Semua Ahli Parlimen.

| October 27, 2020 | 0 Comments

Ini Nasihat YDP Agong Kepada Semua Ahli Parlimen. | Yang di-Pertuan Agong sekali lagi menasihatkan ahli Parlimen menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 Nov ini demi mengutamakan kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menegaskan Belanjawan 2021 penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa untuk meneruskan dasar serta usaha menangani Covid-19.

Katanya, Agong mengingatkan ahli Parlimen, sengketa politik untuk kepentingan peribadi jika diteruskan akan merugikan negara dan rakyat menjadi mangsa.

“Sultan Abdullah menyeru ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Sultan Abdullah menerima mengadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara pagi tadi.

Katanya, dalam pertemuan selama sejam itu, Agong turut mendengar taklimat ringkas berhubung Belanjawan 2021.

“Baginda turut menzahirkan keyakinan penuh kemampuan Muhyiddin untuk menerajui kepimpinan negara pada saat negara diuji pelbagai krisis.”

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *