Ini Pengumuman Terkini DS Zahid Terhadap Status UMNO Dalam PN

| July 29, 2020 | 0 Comments

Ini Pengumuman Terkini DS Zahid Terhadap Status UMNO Dalam PN | Lepas lama berfikir, akhirnya Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi nekad buat keputusan tentang status UMNO dalam PN yang mengejutkan negara.

UMNO umum tarik diri daripada Perikatan Nasional

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).

zahid hamidi UMNO keluar PN

Sebaliknya, parti Melayu terbesar itu memilih untuk memperkasakan gagasan Muafakat Nasional (MN) bersama dengan Pas dan kepimpinan dalam komponen Barisan Nasional (BN).

“Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokongan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN-ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa negeri tertentu.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen BN tengah hari semalam di bangunan Parlimen telah menyatakan hasrat PPBM (Bersatu) untuk menyertai MN.

“Hasrat Bersatu ini akan diperbincangkan dengan pihak Pas untuk diperhalusi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Jawatankuasa Induk MN sebelum ini telah memutuskan UMNO dan Pas memberi keutamaan bagi memperkukuhkan MN.

“Saya akan menyerahkan kepada Jawatankuasa Induk MN untuk mempertimbangkan hasrat Bersatu sekiranya berkemampuan untuk memperkukuhkan lagi MN demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya.

Kemelut Di Sabah : TYT Perkenan Bubur DUN

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Juhar Mahiruddin telah memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan seterusnya membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari.

Beliau pada sidang media pagi ini turut menunjukkan surat watikah yang telah ditandatangani oleh Juhar.

Menurut Mohd Shafie, Juhar menyatakan perkenannya berkaitan pembubaran DUN dalam pertemuan pagi tadi.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *