Ini Tabiat Buruk Yang Boleh Rosakkan Gigi, Suka Gigit Ais Salah Satunya
Ini Tabiat Buruk Yang Boleh Rosakkan Gigi, Suka Gigit Ais Salah Satunya |Penjagaan gigi amat penting bagi setiap individu. Gigi merupakan ‘aset’ penting kerana ia salah satu anggota badan yang berperanan pada setiap hari.
Akan tetapi jika individu tersebut mempunya tabiat buruk, ia boleh memudaratkan keseihatan atau penjagaan gigi dirinya sendiri.
Berikut menunjukkan perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tabiat buruk yang memudaratkan kesihatan pergigian.
1.Pengambilan diet tinggi gula
Pengambilan makanan yang mengandungi gula yang tinggi mampu memberi kesan yang buruk pada kesihatan gigi. Antara kesannya adalah boleh mendapati karies gigi pada gigi anda. Terdahulu, KKM juga telah menganjurkan mengenai pemakanan yang sihat dan mempunya protein yang tinggi.
2.Merokok
Selain boleh menghidap beberapa penyakit lain seperti sakit jantung, gigi perokok juga mampu mengubah warna dan boleh dapati kanser di mulut. Oleh itu, hentikanlah sikap merokok ini untuk kebaikan diri sendiri dan orang sekeliling.
3.Mengigit benda keras
Ramai yang tak tahu, tabiat menggigit benda yang keras atau air boleh membuatkan gigi anda patah atau retak. Ini juga boleh menyebabkan gigi anda tidak cantik.
4.Tabiat menghisap jari atau puting
Selain itu, tabiat menghisap puting atau jari juga boleh membuatkan gigi seseorang itu tidak teratur. Kebiasaannya, perkara ini selalu terjadi kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan puting pada anak dan pemantauan terhadap anak jika mempunyai tabiat hisap jari.
Suka gigit ais adalah salah satu tabiat buruk yang memudaratkan kesihatan pergigian.
Untuk lebih banyak tip kesihatan pergigian, follow @KKM_PERGIGIAN pic.twitter.com/oZ8OGZT1kU
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) February 10, 2021
Sumber : Twitter KKM