Ini Tindakan Ahli Bersatu Selepas Dikritik Kongsi Hantaran Facebook Berbaur Perkauman.

| October 3, 2021 | 0 Comments

Ini Tindakan Ahli Bersatu Selepas Dikritik Kongsi Hantaran Facebook Berbaur Perkauman. | PETALING JAYA: Seorang pemimpin bahagian Bersatu meletak jawatan selepas mendapat kritikan berhubung kecaman perkauman yang digunakannya terhadap pemain badminton negara, S Kisona.

Ini Tindakan Ahli Bersatu Selepas Dikritik Kongsi Hantaran Facebook Berbaur Perkauman.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga menteri belia dan sukan berkata, timbalan ketua bahagian itu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya.

“Beliau juga akan membuat permohonan maaf secara terbuka,” kata Faizal, menurut Malaysiakini.

Utusan Malaysia berkata, ketua bahagian, Borhanuddin Che Rahim dari Pasir Puteh, Kelantan, telah memohon maaf atas kenyataannya yang mengatakan beliau tidak berniat untuk menghina masyarakat India.

Beliau berkata istilah tersebut yang digunakannya sering digunakan di Kelantan untuk merujuk kepada orang India.

“Ia adalah satu kesilapan dan saya melakukannya tanpa memikirkan akibatnya (menggunakan istilah itu). Saya tarik balik apa yang saya katakan dan memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia, terutama mereka yang terkesan dengan posting tersebut. Saya akan memperbaiki tingkah laku saya,” beliau berkata.

Kontroversi itu timbul selepas hantaran Facebook milik seorang pengguna bernama “Borhan Che Rahim” menjadi viral. Dalam membuat kenyataan menghina itu, lelaki itu telah mempersoalkan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang telah merekrut Kisona.

Kisona Selvaduray, 23, dari Seremban merupakan anggota pasukan Malaysia yang mara ke separuh akhir kejohanan berpasukan campuran Piala Sudirman di Vantaa, Finland. Malaysia menewaskan Indonesia 3-2 pada Jumaat, namun Kisona kalah dalam perlawanan perseorangan menentang Gregoria Mariska Tunjung 22-20, 18-21, 21-19.

Terdahulu hari ini, Faizal mengutuk sebaran perkauman terhadapnya. Katanya, ia tidak boleh diterima, terutama ketika pemain berjuang keras untuk menjadikan Malaysia berasa bangga pada kejohanan berprestij itu.

Persatuan Badminton juga mengutuk kenyataan berbaur perkauman itu, manakala Pemuda MIC telah membuat laporan polis, meminta siasatan dijalankan berhubung perkara itu.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: POLITIK, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *