Ini Tindakan ‘Berani’ Suami Bila Perompak Mahu Tembak Isteri Sedang Hamil

| July 7, 2020 | 0 Comments

Ini Tindakan ‘Berani’ Suami Bila Perompak Mahu Tembak Isteri Sedang Hamil | Palembang: Seorang suami sanggup melindungi isterinya yang hamil tujuh bulan daripada ditembak perompak yang merompak pasangan itu pada Selasa.

Kejadian 4 petang itu berlaku ketika Wahidin, 34, dan Eva Susanti, 33, menaiki motosikal untuk pulang dari rumah ibu bapanya di Indralaya Utara di Ogan Ilir.

Namun, sebaik tiba di Jalan Lintas Timur Palembang-Indralaya, pasangan itu ditahan enam lelaki yang menaiki tiga motosikal sebelum mengacukan pistol.

Menerusi laporan portal Kompas, pasangan itu yang terkejut dengan kehadiran perompak itu kemudian segera memberhentikan motosikal mereka.

Ia selepas bimbang mereka akan ditembak, selepas seorang daripada suspek mengugut untuk berbuat demikian.

Tanpa memikirkan keselamatannya, Wahidin terus memeluk isterinya yang diancam bahaya kerana seorang daripada suspek sudah mengacukan pistol kepada wanita itu.

“Perompak juga ada melepaskan dua kali tembakan ke udara sebagai amaran agar kami tidak cuba untuk melarikan diri.

“Jangan bergerak dan melawan jika tidak mahu ditembak. Kami cuma mahu ambil motosikal kamu saja,” kata Wahidin ketika membuat laporan di Balai Polis Daerah Sumatera Selatan.

Katanya, suspek kemudian merampas motosikalnya bersama beberapa peralatan elektronik termasuk

komputer riba dan wang tunai berjumlah 500,000 rupiah (kira-kira RM148).

Katanya, suspek kemudian turut melarikan motosikal mangsa.

Ia menyebabkan dia dan isteri terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk mencari stesen bas berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sumatera Selatan AKP Aidil Fitriansyah ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya giat memburu suspek.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *