Insiden Kebocoran Gas Ammonia, Pasukan Penyiasat Bakal Ditubuhkan

| April 7, 2021 | 0 Comments

Insiden Kebocoran Gas Ammonia, Pasukan Penyiasat Bakal Ditubuhkan | Insiden melibatkan kebocoran gas ammonia telah membuatkan Jabatan Laut Wilayah Tengah bertindak bakal menubuhkan pasukan penyiasat bagi membuat siasatan susulan kes kebocoran gas sebuah kapal yang dikenali sebagai MV Hamburg DW, baru-baru ini.

Insiden Kebocoran Gas Ammonia, Pasukan Penyiasat Bakal Ditubuhkan

Penubuhan pasukan penyiasat itu adalah tertakhluk mengikut Seksyen 334(1) Ordinan Perkapalan Saudagar  1952, supaya mereka dapat membuat siasatan mengenai punca sebenar di sebalik kejadian tersebut selepas kapal tersebut dilaporkan belabuh di barat daya Pulau Selat Kering bagi tujuan penyaluran bantuan.

Prosedur terkini juga telah diimplementasikan serta dipatuhi sepanjang proses bantuan dan siasatan berlaku seperti tertakhluk dalam MSN 15/2020 dan MSN 1/2020 bagi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan mereka.

Menurut jurucakap Jabatan Laut, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dititikberatkan dalam operasi ini kerana pencegahan terhadap Covid-19 juga adalah menjadi keutamaan agensi tersebut. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat kurang tepat supaya tidak menganggu siasatan yang masih dijalankan.

Dilaporkan berlaku kebcoran gas ammonia di sebuah kapal dagang yang berasal dari Turki iaitu MV Hamburg DW sehingga mengakibatkan seorang kru meninggal, serta tiga kecederaan turut dilaporkan akibat daripada insiden tersebut.

Mangsa yang meninggal telah dikenali sebagai Kara Turkut (warga Turki) yang merupakan kru kapal dagang tersebut serta tiga lagi mangsa tercedera yang dikenali sebagai Yadav Byasmuni (warga India), Bayri Emre (warga Turki) dan Dagli Murat (warga Turki).

Kejadian dilaporkan telah berlaku di sekitar perairan negara setelah MSRC Johor Bharu menerima permohonan bantuan bagi memindahkan mangsa kemalangan, dan dikatakan kapal tersebut dalam perjalanan ke Pelabuhan Zhanjiang, China dari Pelabuhan Oman.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *