Insiden Malang Mikrofon Meletup Ketika Asyik Berkaraoke. Ada Video | Kejadian yang tidak disangka-sangka apabila kegembiraan seorang lelaki asyik berkaraoke berakhir tragedi apabila mikrofon tersebut meletup. Baca selanjutnya..

MELETUP KETIKA BERNYANYI

Jakarta – Kegembiraan seorang lelaki yang sedang asyik berkaraoke berakhir dengan tragedi apabila mikrofon yang dipegangnya secara tiba-tiba meletup dan mengeluarkan asap, lapor laman berita Suara Jogja, hari ini.

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun Instagram @smart.gram itu, lelaki berkenaan dilihat sedang duduk dan asyik menyanyi sambil ditemani oleh seorang lagi lelaki di sebelahnya.

Secara tiba-tiba, mikrofon yang dipegangnya meletup sehingga mengeluarkan percikan api dan asap, lantas membuatkan lelaki itu terbaring.

Rakannya yang duduk sebelahnya kelihatan terkejut dengan insiden tersebut, lantas dengan segera berlari keluar, dipercayai untuk meminta bantuan.

TONTON VIDEO TERSEBUT:

Lelaki tersebut kemudiannya kelihatan menggerakkan badannya dengan keadaan dirinya yang masih terbaring.

Setakat ini, identiti dan keadaan mangsa masih tidak dapat dikenalpasti.

“Saat-saat berlakunya letupan ketika sedang asyik berkaraoke. Setakat ini, keadaan mangsa masih belum diketahui setelah berlakunya letupan tersebut,” tulis akaun @smart.gram dalam hantaran tersebut.

Sejak dimuatnaik semalam, video itu mendapat tontonan lebih daripada 100,000 kali dengan ratusan komen yang ditinggalkan oleh pengguna.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply