Insiden Pelanggaran Kereta Api Ragut 19 Nyawa

| March 27, 2021 | 0 Comments

Insiden Pelanggaran Kereta Api Ragut 19 Nyawa | Mesir diselubungi kesedihan selepas berlakunya insiden kemalangan melibatkan kereta api sehingga mengorbankan 19 orang serta mencederakan 185 orang, menurut jumlah yang telah disemak oleh penyiasat selepas membuat penyiasatan terhadap insiden yang mengorbankan nyawa, baru-baru ini.

Insiden Pelanggaran Kereta Api Ragut 19 Nyawa

Mesir telah dilanda beberapa siri kemalangan melibatkan kereta api akibat daripada infrastruktur yang tidak mencukupi serta penyelengaraan yang tidak memuaskan. GAMBAR: AFP

Menteri Kesihatan, Hala Zayed berkata rakaman kamera pengawasan mengenai kemalangan yang dilihat menunjukkan sebuah kereta api yang  menuju laju ke arah kereta api lain ketika ia bergerak perlahan ke trek sebelum bertembung antara satu sama lain manakala tempat membawa penumpang dilihat berpisah dari kereta api lalu ‘terbang’ disebalik awan debu.

“Pihak berkuasa membuka kertas siasatan untuk tentukan keadaan kemalangan, sementara itu mereka beranggapan bahawa punca kemalangan tersebut berpunca dari seorang penumpang  tidak dikenali yang telah mengaktifkan brek kecemasan”, katanya kepada wartawan.

Sambung beliau lagi, pendakwaan telah dilakukan oleh pihaknya bagi melakukan siasatan kepada beberapa pekerja kereta api, termasuk dua pemandu kereta api, pembantu mereka serta petugas yang memberi isyarat kepada kereta api namun dilaporkan dua orang pemandu telah meninggal dunia akibat cedera parah.

“Mereka harus menjalani ujian dadah serta telefon bimbit mereka turut dirampas oleh pihak berkuasa bagi memeriksa log panggilan mereka”, tambah beliau.

Menurut salah seorang mangsa, Kamel Nagi, 20,  merupakan seorang askar yang juga berada di dalam kereta api tersebut yang menuju ke Kaherah setelah menikmati cuti selama beberapa hari.

“Kereta api yang dinaiki itu tiba-tiba berhenti dan 15 minit kemudian kereta api kedua tiba lalu melangggar kereta api yang saya naiki tersebut”, kata Nagi yag mengalami kecederaan patah tulang rusuk.

“Saya juga telah melihatnya datang kemudia saya menjerit lalu mendapati diri saya sudah berada di tanah dalam kesakitan,” sambungnya lagi dari hospital ketika seorang jururawat memberikan suntikan untuk mengurangkan kesakitannya.

Menurut Perdana Menteri, Mostafa Madbouli jaringan kereta api Mesir adalah salah satu tertua di Afrika dan Timur Tengah manakala memperbaiknya pasti akan memakan masa yang agak lama.

“Pemerintah telah membelanjakan beratus-ratus ribu pound bagi menaik taraf sistem kereta api sejak empat tahun kebelakangan ini saya mengakui bahawa rangkaian telah mengalami dekad kelalaian”, katanya.

Salah satu kemalangan kereta api Mesir yang paling menggerikan telah berlaku pada tahun 2002 apabila mengorbankan 373 nyawa apabila sebuah kereta api meletup ketika sesak di Kaherah.

Sumber: New Straits Times

Tags: , , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *