Insiden Remaja OKU Dipukul,Keluarga Mahu Tuntut Bela

| April 4, 2021 | 0 Comments

Insiden Remaja OKU Dipukul,Keluarga Mahu Tuntut Bela| Baru-baru ini berlakunya satu insiden di mana seorang remaja OKU dipukul dengan menggunakan helmet oleh seorang lelaki yang dilaporkan telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

George Town: Ahli keluarga remaja golongan orang kurang upaya (OKU) fizikal yang cedera pada muka akibat diserang dan dipukul dengan pemandu Suzuki Swift dengan topi keledar lalu bersedia membawa kes ini kepada muka pengadilan.

Kakak sulung mangsa, Iznur Hakim Mohd. Nur, 21 iaitu Izzati Haswani,26, berkata, pihaknya akan menuntut keadilan yang setimpal dengan kejadian yang menimpa adik bongsu dari tiga beradik itu biarpun si pelaku dilaporkan maut dalam kejadian kemalangan.

Menurutnya, ini berikutan kecederaan yang dialaminya Iznur telah memberi kesan mendalam pada bentuk fizikal dan mental remaja tersebut.

“Kami benar-benar kesal dengan kejadian tempoh hari ketika adik sedang tidur di dalam bilik sebuah  kedai yang disewakan bapa kepada seorang rakannya yang juga peniaga bundle.

“Akibat kejadian itu, adik kini terpaksa menanggung pada bahagian muka iaitu kecederaan pada kedua-dua mata, patah tulang hidung, gigi, bibir serta hidung berjahit. Mukanya juga masih bengkak.

“Dia(Iznur) juga dijangka bakal menjalani satu pembedahan pada bawah mata tetapi perkra tersebut masih dalam pebincangan,” katanya di sini hari ini,

Izzati yang mesra disapa sebagai wani memberitahu, keadaan adiknya kini stabil dan masih berada di bawah pemantauan pakar-pakar berkaitan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Kakak mana yang sanggup melihat keadaan adiknya yang sebegini. Dia ada mengadu sakit pada bahagian muka akibat kesan pukulan bertubi-tubi dengan topi kaledar miliknya.

“Adik saya seorang yang manja dan kami bertiga termasuk seorang lagi adik perempuan saya memang sangat rapat. Saya yang menghantar adik ke situ (premis bundle) setiap kali dia pulang dari sekolah di Bayan Lepas,” ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Iznur di HPP bersama seorang lagi adik perempuannya.

Tambah Wani, keluargaya kini menyerahkan kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan berhubung kes tersebut sekali gus mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua pihak terlibat.

Khamis lalu, suspek yang juga pemandu kereta Suzuki Swift berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tengah-Bayan Baru kira-kira pukul 2.50 petang.

Sebelum kemalangan suspek bertindak menyerang dan memukul seorang remaja OKU di Sungai Tiram dalam kejadian pada 2.30 petang.

Sumber: Kosmo

 

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *