Ismail Sabri Beri Jaminan Tiada PKP Selepas Ini | Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara akan dilaksanakan selepas ini.

Ismail Sabri Beri Jaminan Tiada PKP Selepas Ini

Menurutnya, ia berikutan keresahan rakyat apabila PKP akan dilaksanakan semula termasuk ketika sambutan Aidilfitri tahun ini.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan pernah mengumumkan bahawa tidak akan buat lagi PKP seluruh negara, negeri dan daerah.

Katanya, sektor ekonomi buka seperti biasa, saya beri jaminan tidak akan akan menutup lagi negara dari segi perniagaan, pergerakan rakyat bebas seperti biasa, tetapi kita fokus kawasan bersasar sahaja.

Ujar Ismail Sabri lagi, sekiranya sesuatu kawasan berlaku peningkatan jumlah kes positif Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksana.

Tambahnya, contohnya seperti di Bera, kawasan di Felda Sebertak di situ ada kes meningkat, PKPD dilaksanakan.

Tegas beliau, jadi jangan bimbang dah ada buat spekulasi, kononnya rakyat tak boleh balik, itu semua tidak betul, kita pastikan perkara ini tidak berlaku.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply