Issey ‘Kantoikan’ Aktiviti Nabil Dlm Konti Radio Yg Buat Ramai RESPEK. | Siapa tidak mengenali sosok tubuh yang bernama Nabil Ahmad, seorang pelawak dan pengacara terkenal dan diminati ramai. Kita sudah mengetahui akan penghijrahan saudara Nabil Ahmad dan kita nampak perubahan pada pakaian dan percakapan beliau sendiri. Hari ini tular satu video dari seorang pelawak juga iaitu Issey yang menunjukkan Nabil tengah membaca Alquran dalam konti radio. Baca selanjutnya.

Penghijrahan Nabil Ahmad menjadi insan yang lebih baik sememangnya mendapat respon yang positif daripada para peminat. Kebanyakan mereka gembira dengan perubahan tersebut kerana cara penyampaian pengacara itu juga penuh dengan kata-kata nasihat.

Baca al-Quran senyap2

@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA ♬ original sound – JalilRazak

Walaupun Nabil masih lagi bergiat aktif dalam dunia seni, namun ia sedikit sebanyak memberi contoh yang baik kepada para penonton serta pendengar radio.

Menerusi perkongsian daripada selebriti yang juga rakannya, Issey Fazlisham di aplikasi TikTok, dia telah berkongsi video yang diambil secara diam-diam sewaktu Nabil leka membaca al-Quran.

Menurut Issey, video tersebut diambil sewaktu Nabil mengendali radio di konti bersama dua orang lagi penyampai kira-kira jam 7 pagi.

Tambahnya, cara yang ditunjukkan Nabil menjadi punca mengapa dia meminati pengacara Meletop itu kerana perjuangannya yang luar biasa.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji aktiviti yang dilakukan Nabil apabila meluangkan sedikit masa melakukan ibadah walaupun sedang bertugas.

Mereka juga akui suka dengan apa yang ditunjukan pengacara itu kerana memberi inspirasi kepada orang ramai walaupun masih bergiat aktif di dunia hiburan.

Terima kasih Issey kongsi dengan kami

Nabil tak tunjuk kawan2 yang viralkan

Salute dengan Nabil

Hadis tak tinggal, al-Quran dihati

Inilah orang yang berjaya

Sumber : OMM

Share.

Leave A Reply