Adik ipar (Muhammad Izwan) berulang kali mohon maaf dan asyik me­nyalahkan dirinya susulan nahas yang mengorbankan isteri, anak dan dua ibu bapanya.

Demikian kata-kata Shaharuddin Tharin, 40, ketika ditemui di di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, di sini, semalam.

Dalam kejadian di Simpang Tiga Jalan Kolam, Machap di sini, kira-kira pukul 7.45 pagi itu, isteri Muhammad Izwan, Syazana Tharin, 30, dan anaknya Yusuf Daniel, 5, maut selepas kende­raan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dinaiki mereka melanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun.

Turut maut dalam kemala­ngan itu ibu dan bapa Muhammad Izwan iaitu Ibrahim Daud, 71, dan Latipah Dorahim, 66. Kesemua­nya mengalami cedera parah di kepala.

Ketika kejadian, Ibrahim bersama seluruh ahli keluarga­nya dalam perjalanan ke Pulau Langkawi, Kedah bagi meraikan hari lahirnya yang jatuh pada semalam.

Shaharuddin berkata, Muhammad Izwan Ibrahim, 30, berulang kali memohon maaf pada keluarganya susulan nahas itu.

“Dia banyak kali minta maaf sebab tak jaga adik saya dan anak-anak dengan baik, tetapi kami sekeluarga sama sekali tidak menyalahkannya dan me­nganggap ini ketentuan Allah,” katanya.

“Dia (Ibrahim) kata nak pergi Langkawi anak-anaknya mahu bawa bercuti yang secara kebetulan hari lahirnya. Nahas berlaku masa mereka dalam perjalanan ke sana dari Machap,” katanya.

Cerita Osman, Allahyarham membayar makanan lebih 10 jemaah yang bersarapan di warung itu selepas selesai solat subuh.

“Dekat meja arwah pun ada kira-kira tujuh jemaah, dia hulurkan RM50 kepada saya.

“Lepas subuh memang kebia­saannya jemaah akan bersarapan di kedai saya, kerana hanya kedai ini yang buka,” jelasnya.

Sementara itu, anak ketiga Ibrahim, Mohd. Shah, 48, berkata, bapanya sempat berseloroh dengannya sebelum bertolak bersama keluarga adiknya itu.

“Saya terkejut apabila adik, Muhammad Izwan telefon pukul 8.30 pagi beritahu abah dah tak ada, saya terkejut kerana pagi tadi kami sempat bergurau.

“Abah kata dia nak pergi Langkawi, dan Wan nak bawa sambil senyum, saya balas usikan itu dengan berkata ‘Wow’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superinten­dan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki Toyota Estima dalam perjalanan ke Pulau Langkawi.

Katanya, bagaimanapun setiba di lokasi MPV dinaiki mangsa yang dari arah Alor Gajah telah melanggar Toyota Land Cruiser yang keluar simpang untuk membelok ke kanan menghala ke Selandar.

“MPV dibawa Muhammad Izwan Ibrahim, 30, iaitu anak kepada pasangan warga emas ber­kenaan cuba mengelak ke arah kanan dan telah menekan brek sejauh lima meter.

“Bagaimanapun, mereka telah melanggar Land Cruiser di bahagian kiri hadapan menyebabkan warga emas lelaki me­ninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply