Isteri Anggota Polis Dikompaun RM2,000 Bawa Anak Ziarah Suami Bertugas Di SJR

| May 18, 2021 | 0 Comments

Isteri Anggota Polis Dikompaun RM2,000 Bawa Anak Ziarah Suami Bertugas Di SJR | Hari raya semestinya ingin disambut bersama dengan ahli keluarga, namun disebabkan oleh tanggunjawab kepada negara lebih utama seorang anggota polis perlu bekerja pada hari raya pertama. Namun isterinya telah bertindak dengan membawa tiga orang anak mereka ke lokasi suaminya bertugas untuk menghantar juadah kepada suaminya.

Isteri Anggota Polis Dikompaun RM2,000 Bawa Anak Ziarah Suami Bertugas Di SJR

Pihak Polis Putrajaya mengeluarkan kenyataan pada 14 Mei 2021 (Jumaat) yang menjelaskan bahawa kehadiran empat beranak itu adalah untuk memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan di samping menyerahkan juadah hari raya. Selesai bersalaman, keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah. Pemeriksaan mendapati tiada pelanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak.

Bagaimanapun sehari kemudian, Polis Putrajaya mengeluarkan kenyataan kedua yang memaklumkan, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati berlakunya pelanggaran SOP dan isteri kepada anggota berkenaan telah dikenakan kompaun RM2,000.

Isteri dan anak-anak anggota tersebut telah datang menaiki dua buah kenderaan yang berbeza untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah Hari Raya Aidilfitri kerana suami bertugas pada pagi Hari Raya tersebut.  Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang untuk sebuah kenderaan, tiada kompaun yang dikeluarkan kerana mereka menaiki dua buah kenderaan berbeza.

Isteri Anggota Polis Dikompaun RM2,000 Bawa Anak Ziarah Suami Bertugas Di SJR

Pada 15 Mei 2021, satu kompaun telah dikeluarkan kepada isteri anggota tersebut kerana pelanggaran SOP PKP dengan menziarahi suami di Sekatan Jalan Raya. Pada awalnya perbuatan tersebut dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat keluarga yang bertugas di lapangan pada Hari Raya atau pun hari biasa. Sementara itu, tampil pula seorang ahli perniagaan di Kota Bharu yang menawarkan diri untuk membayar kompaun isteri anggota berkenaan.

Datuk Sunny Ung berkata, dia menganggap apa yang dilakukan oleh wanita berkenaan bersama dengan tiga anaknya itu adalah satu pengorbanan. Beliau merasa terkilan dengan nasib yang menimpa keluarga itu namun ia tetap menjadi kesalahan kerana telah melanggar SOP.

Sumber: The Reporter MY

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *