Isteri Dipukul Dan Ditumbuk Di Perut Gara-Gara Selisih Faham Hal Perniagaan | Nasib seorang isteri menjadi taruhan selepas seorang wanita warga asing dilaporkan telah dipukul suaminya akibat selisih faham mengenai isu perniagaan mereka berkaitan kuih samosa di sebuah rumah, di sini, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 3.15 petang itu melibatkan suaminya berusia 28 tahun yang juga warga asing apabila suspek dikatakan telah membaling senduk kayu ke arah isterinya berusia 30 tahun ketika dia ingin memasuki bilik.
Ulas beliau, selepas balingan tersebut tersasar, mangsa yang berada di bilik tingkat atas kediaman terbabit telah ditarik tangan dan mengheret turun sebelum suspek dilaporkan cuba memburukan nama keluarga mangsa.
Setelah mereka berada di hadapan pintu rumah, suspek telah cuba melakukan kekerasan dan bertindak mengambil kad pengeluaran tunai milik mangsa sebelum mereka bergelut tambahnya lagi.
Ketika pergelutan tersebut berlaku, suspek dikatakan telah menolak lalu menumbuk perut mangsa sehingga mangsa dikatakan terduduk akibat kesakitan. Adik mangsa yang turut berada di lokasi kejadian telah menolong untuk mengangkat mangsa sebelum mereka melakukan laporan polis bagi melindungi diri.
Abd Khalid dalam satu kenyataan, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Subang Jaya telah dihantar bagi menahan suspek terbabit pada jam 1 tengah hari, bru-bru ini.
Suspek kini dilaporkan sedang direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
Sumber: Astro Awani